Saturday, 25 July 2015

TAJUK 2 : KESANTUNAN BERBAHASA


2.1 Konsep kesantunan

Halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. (Kamus Dewan (1984), hal. 1115)
Awang Sariyan (2007), memberi definisi kesantunan sebagai pengggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, meancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.


2.2 Takrifan kesantunan oleh tokoh-tokoh dunia

·         Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Terbahagi kepada :

·         Leech (1983), menyatakan bahawa kesantunan boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
·         Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasiyang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. (J. Ferguson dan Das Gupta, 1968).
·         Kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan TIndakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987)




Wednesday, 15 July 2015

TAJUK 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

CIRI - CIRI ORANG YANG BERBUDI BAHASA

Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.



Budi Bahasa Masyarakat Melayu

Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
Memberi salam apabila bertemu
Berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
Berpakaian menutup aurat
Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
Makan menggunakan tangan
Tidak bercakap semasa makan
Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
Bersabar
Jujur
Tidak merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan     ibu bapa, guru dan orang tua
Anak dara duduk bersimpuh
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap

Mendahulukan orang tua dalam segala urusan

Budi Bahasa Masyarakat Cina

- Makan menggunakan penyepit. (chopsticks)
Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-     kanak
Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
Hormat-menghormati
Menundukkan badan semasa memberi salam
Tidak membuat bising semasa bersembahyang
Melayan tetamu dengan baik
Pemurah
Menolong orang susah

Budi Bahasa Masyarakat India

Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
Tidak bising ketika sembahyang
Bersabar dan tidak pemarah
Membuka kasut ketika memasuki kuil
Berpakaian tidak mencolok mata
Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
Sentiasa menolong orang susah
Tidak membalas dendam
Pemaaf
Pemurah
Hormat-menghormati

Friday, 10 July 2015

TAJUK 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

  •   Pengertian budi
Perkataan budi – berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Buddhi  yang bermakna bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar, 1970).

Menurut Kamus Dewan (2005), budi bermaksud akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.

Menurut Islam, budi ialah adab, sopan santun yang menunjukkan seseorang itu berakhlak dan beriman. Dalam Islam, akhlak mulia amat penting dan dipupuk dari kecil hinggalah dewasa. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.” (Riwayat Ar-Ridha).

Bagi Mustafa Haji Daud (1995) pula, menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal “ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai  budi bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti. Penjelasan ini merangkumi aspek pertuturan, tingkah laku, dan pemikiran yang berakhlak mulia dan terpuji.

Manakala bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai  maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Budi merupakan sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.



  •          Pengertian Bahasa
Menurut Kamus Dewan (2002), bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

Bagi Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat. Pertuturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan perasaan.

Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem. Setiap ayat diwakili oleh beberapa fonem yang digabungkan secara berurutan.

Menurut Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Simbol-simbol bunyi ini mempunyai makna tersendiri yang difahami oleh kelompok masyarakat tersebut.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya. Takrif ini selaras dengan pengertian yang diberikan oleh Edward Sapir yang menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrary untuk menyampaikan fikiran dan perasaan. Sama juga dengan Raja Mukhtaruddin yang berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh masyarakat.

Manakala Lutfi Abas (1985), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.


  • Pengertian Budi Bahasa
Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Secara literalnya budi bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu dan bahasa bermaksud sistem lambing bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan. Pengertian budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.

Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik. Dalam hal ini Nabi Muhammad S.A.W. menyarankan dalam sabdanya yang bermaksud: “Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar.” (Riwayat Ath-Thawawi). Seseorang yang berbudi bahasa, akan memiliki sikap yang bersopan santun secara tidak langsung mempamerkan akhlak yang mulia. Maka tidak hairanlah dalam Islam, Allah SWT menganjurkan hamba-hambanya supaya berakhlak mulia. Agama Islam sendiri sangat menitikberatkan sikap berbudi bahasa melalui akhlak rasulnya. Allah SWT sendiri memuji akhlak nabi yang muia melalui Firman Allah dalam surah Al-Qalam Ayat 4 yang bermaksud “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia”. Islam sangat menganjurkan umatnya berbudi bahasa melalui hadis riwayat Bukhari, Rasullulah S.A.W. bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berbicara dengan baik atau diam saja”.


Nilai berbudi bahasa juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Buddha. Misalnya dalam agama Buddha ada dinyatakan: ‘Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world’. Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Lima hubungan tersebut akan terjalin sekiranya wujud nilai berbudi bahasa antara satu sama lain.


Begitu juga dalam agama Hindu, nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat-sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat. Nilai ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berteraskan aspek ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan aspek purusharta yang merangkumi empat objektif mulia yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam kehidupan seharian.