Showing posts with label ciri-ciri orang berbudi bahasa. Show all posts
Showing posts with label ciri-ciri orang berbudi bahasa. Show all posts

Wednesday, 15 July 2015

TAJUK 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

CIRI - CIRI ORANG YANG BERBUDI BAHASA

Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.



Budi Bahasa Masyarakat Melayu

- Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
- Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
- Memberi salam apabila bertemu
- Berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
- Berpakaian menutup aurat
- Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
- Makan menggunakan tangan
- Tidak bercakap semasa makan
- Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
- Bersabar
- Jujur
- Tidak merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan     ibu bapa, guru dan orang tua
- Anak dara duduk bersimpuh
- Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap

- Mendahulukan orang tua dalam segala urusan

Budi Bahasa Masyarakat Cina

- Makan menggunakan penyepit. (chopsticks)
- Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
- Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
- Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
- Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
- Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-     kanak
- Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
- Hormat-menghormati
- Menundukkan badan semasa memberi salam
- Tidak membuat bising semasa bersembahyang
- Melayan tetamu dengan baik
- Pemurah
- Menolong orang susah

Budi Bahasa Masyarakat India

- Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
- Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
- Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
- Tidak bising ketika sembahyang
- Bersabar dan tidak pemarah
- Membuka kasut ketika memasuki kuil
- Berpakaian tidak mencolok mata
- Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
- Sentiasa menolong orang susah
- Tidak membalas dendam
- Pemaaf
- Pemurah
- Hormat-menghormati