Thursday, 27 August 2015

TAJUK 4 : PERATURAN BAHASA

4.1 Jenis-jenis peraturan bahasa


  • Peraturan linguistik : berkaitan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa >> diwakili oleh aspek sebutan, intonaasi dan tatabahasa
  • Peraturan sosiolinguistik : penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial >> antara pembicara dengan pendengar, konteks komunikasi lisan  & hubungan antara penulis dengan pembaca, konteks komunikasi tulisan
  • Peraturan pragmatik : perkataan dan sesuatu frasa itu digunakan dalam maksud yang tertentu dalam sistuasi yang tertentu

4.2 Jarak sosial


ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu dengan individu, indidvidu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Pemilihan kata dan sebutan bahasa yang berbeza digunakan bagi jenis hubungan komunikasi yang berbeza.



4.3 Konteks Percakapan

Penganalisi wacana haruslah mempertimbangkan konteks tempat terdapatnya bahagian sebuah wacana yang terdiri daripada aspek : 
  • penutur dan pendengar
  • topik pembicaraan
  • latar peristiwa
  • penguhubung
  • laras bahasa
  • bentuk pesanan dan maklumat

4.4 Giliran bercakap

Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap. Selalunya, orang yang lebih tua akan diberi keutamaan untuk bercakap di dalam sesuatu perbualan. Bagi mengelakkan pola satu arah akibat perbulan hanya didominasi oleh satu orang sahaja, terdapat beberapa sistem pola penggiliran yang boleh digunakan iaitu :

Melalui cara pertanyaan :
  • "Menurut pandangan kamu bagaimana?"
  • "Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik."
Melalui cara pengalihan topik :
  • Mungkin ada kaitannya dengan...
  • Mungkin agak menyimpang, tetapi...
  • Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah...
Melalui cara pengembalian ke topik asal (sekiranya telah menyimpang) :
  • Maaf, pertanyaan harus langsung ke pokok permasalahan
  • Saya ingatkan kembali bahawa topik pembicaraan kita ialah...
Aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib :

Keluarga :
  1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman
  2. Ibu atau bapa
  3. Kakak atau abang yang lebih besar
  4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik
Sekolah
  1. Pengetua atau Guru Besar
  2. Penolong kanan sekolah
  3. Ketua unit atau jabatan
  4. Para pensyarah atau guru
  5. Wakil pelajar
  6. Para pelajar



Saturday, 22 August 2015

TAJUK 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN PENULISAN


Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal. Penyampai perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai mesej. 


Komunikasi bertulis - kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.


Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :

  • Surat rasmi
  • Laporan
  • Kertas Kerja
  • Ucapan Rasmi
  • Pidato
  • Minit Mesyuarat


Bentuk komunikasi bertulis secara tidak formal ialah :

  • Penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, saudara mara dan lain lain.


Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam komunikasi bertulis ialah :

  • Penggunaan kata panggilan yang betul
  • Kata sapaan yang betul
  • Gaya bahasa yang betul
  • Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  • Isi yang tidak sensitif

Friday, 14 August 2015

TAJUK 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN LISAN


Komunikasi lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.


Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan : 

  • Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
  • Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila


Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :

  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
  • Suara dan intonasi yang sopan
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
  • Penggunaan sistem panggilan yang betul
  • Gaya bahasa yang sesuai
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif


Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :

  • Gaya percakapan yang sopan
  • Pandangan mata yang sesuai
  • Gerak laku yang bertatasusila
  • Mimik muka yang positif
  • Hayunan tangan yang sesuai
  • Imej diri

Wednesday, 5 August 2015

TAJUK 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL DAN KESANTUNAN NONVERBAL.


KESANTUNAN VERBAL

Verbal  merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.

Kamus Dewan (1984), mendefinisikan lisan sebagai sesuatu yang diucapkan dengan tidak bertulis. Oleh itu, kesantunan verbal ialah kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan.


Aspek-Aspek Kesantunan Verbal :
  • Cara sapaan lisan menggunakan bahasa Melayu dengan sopan santun.
  • Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa.
  • Sistem sapaan dan panggilan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila iaitu pemilihan kata dan ungkapan bergantung pada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.


KESANTUNAN NONVERBAL

Nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.


Fungsi Komunikasi Nonverbal :
  • Pengulangan (repeating) – Mengulang kembali gagasan yang telah disampaikan secara verbal.
  • Penggantian (substituting) – Menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
  • Kontradiksi (contrast / regulating) – Menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan nonverbal.
  • Pelengkap (complement) – Melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
  • Penegasan (accenting / moderating) – Menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.


Aspek-Aspek Kesantunan Nonverbal :
  • Gerakan Anggota Badan
  • Gerakan Mata
  • Gerakan Tangan
  • Mimik Muka

Sunday, 2 August 2015

TAJUK 2 : KESANTUNAN BERBAHASA

2.3 Penjagaan muka sebagai asas kesantunan

Kesantunan mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan muka seseorang yang melibatkan maruah diri.


Konsep malu adalah berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga dan masyarakatnya. Maruah dan individu seseorang perlu dijaga dan berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka).Selain itu, anggota lain yang hampir dengan muka yang perlu kita jaga ialah mulut. Hal ini demikian kerana mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Seringkali kita mendengar peribahasa “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Seterusnya orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk percakapan. Lidah perlulah digunakan secara positif. Raja Ali Haji dalam gurindamnya menyebut “Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah”.


2.4 Kesantunan Merentas Budaya


Menurut Kamus Dewan Bahasa (2002), budaya dapat didefinisikan sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain).

   

Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan
Guru perlu mengamalkan nilai kesantunan yang baik dari segi :
  •       i.        kesantunan berpakaian : pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
  •     ii.        kesantunan tingkah laku : bersopan santun ketika berurusan dengan ibu bapa yang  datang ke sekolah, berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar  atau pegawai dari jabatan
  •    iii.        kesantunan berkomunikasi :guru perlu mengamalkan kesantunan bahasa yang      santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku    yang bermasalah.