2.3 Penjagaan muka sebagai asas kesantunan
Kesantunan mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan
muka seseorang yang melibatkan maruah diri.
Konsep malu adalah berkaitan dengan akhlak
dan maruah individu, keluarga dan masyarakatnya. Maruah dan individu seseorang
perlu dijaga dan berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka).Selain
itu, anggota lain yang hampir dengan muka yang perlu kita jaga ialah mulut. Hal
ini demikian kerana mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang
lain. Seringkali kita mendengar peribahasa “kerana pulut santan binasa, kerana
mulut badan binasa”. Seterusnya orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah
kerana lidahlah yang membentuk percakapan. Lidah perlulah digunakan secara
positif. Raja Ali Haji dalam gurindamnya menyebut “Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah”.
2.4 Kesantunan Merentas Budaya
Menurut Kamus Dewan Bahasa (2002), budaya
dapat didefinisikan sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi (cara
berfikir, kelakuan dan lain-lain).
Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan
Guru perlu mengamalkan nilai kesantunan yang baik dari segi
:
- i. kesantunan berpakaian : pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
- ii. kesantunan tingkah laku : bersopan santun ketika berurusan dengan ibu bapa yang datang ke sekolah, berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan
- iii. kesantunan berkomunikasi :guru perlu mengamalkan kesantunan bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
No comments:
Post a Comment