4.5 Memulakan dan mengakhiri percakapan
Secara umumnya, masyarakat Malaysia akan memulakan sesuatu perbulan dengan mengucapkan salam seperti Assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi, selamat petang dll.Cara paling efektif nak mulakan perbualan ialah dengan mengajukan soalan.
"Hendak ke mana?'
Manakala untuk mengakhiri percakapan pula, ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita iaitu seperti :
- Ayat berupa pertanyaan atau pernyataan yang menerangkan bahawa percakapan harus diakhiri.
"Sudah pukul berapa sekarang? Tidka terasa sudah duanjam kita berbincang."
- Mengucap terima kasih.
"Terima kasih kerana sudi datang."
- Memohon maaf.
"Minta maaf jika kedatangan kami kali ini mengganggu saudara."
- Mengakhiri percakapan dengan pernyataan harapan.
"Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi di tahun hadapan."
4.6 Pemilihan kata
Dalam peraturan percakapan aspek pemilihan kata berkait rapat dengan aspek kesantunan berbahasa.
Cara sapaan lisan perlu mengikut tertib yang tertentu supaya dianggap sopan dan tidak biadab.
Sistem sapaan dan penggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
Selain itu, penggunaan bahasa halus juga diberi perhatian dalam pemilihan kata. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. Contohnya laras bahasa istana >> patik, tuanku, berangkat, bersemayam, beradu dll.
Aspek pemilihan kata ganti nama terdiri daripada :
Secara umumnya :
- 'Pak' untuk lelaki yang sebaya ayah sendiri
- 'Mak' untuk perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri
- 'Tok' bagi lelaki atau perempuan yang sebaya dengan datuk atau nenek kita
- 'Abang' @ 'Kak' untuk lelaki atau perempuan yang tidak setua ayah/ibu tetapi tidak sebaya dengan kita
- 'Adik' bagi golongan yang lebih muda dari diri sendiri.
Jenama kekeluargaan :
- Pak Long
- Mak Long
- Abang Ngah
- Kak Cik
- Pak Mentua
- Tok Mentua
- Kakak Ipar
- Adik Ipar
Gelaran pergaulan bebas :
- 'Cik' : perempuan yang belum berkahwin
- 'Encik' : untuk lelaki sahaja
- 'Tuan', 'Haji', 'Doktor' dan 'Profesor : untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
- 'Puan' : untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi dari diri sendiri
- 'Saudara' dan 'Saudari' : lelaki @ perempuan yang sebaya atau lebih muda yang hubungannya masih belum rapat dengan kita
- 'Tetuan' : digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan
Gelaran Warisan :
- Raja ~ Perak
- Pangeran Anak, Pangeran Muda ~ Brunei
- Tengku ~ Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu
- Nik, Wan ~ Kelantan
- Megat, Puteri ~ Perak
- Abang ~ Sarawak
- Datu ~ Sabah
- Syed atau Syarifah ~ gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
- Raden ~ Jawa
- Daeng ~ Bugis
No comments:
Post a Comment