Saturday, 5 September 2015

TAJUK 6 : ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA




6.1 ISU PENDIDIKAN





Isu-isu sebegini bukanlah suatu berita yang asing bagi masyarakat kita pada zaman sekarang. Sewajarnya, guru-guru serta para pelajar diajar mengenai ciri-ciri kesantunan yang perlu ada dalam diri masing-masing. Hal ini adalah bagi mengelakkan isu seperti ini berulang lagi.

6.2 ISU MEDIA MASSA

Media massa boleh memberi kesan positif serta kesan negatif kepada masyarakat bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Menyentuh satu saluran media massa iaitu televisyen. 

Televisyen mempunyai tanggungjawab sosial yang besar terhadap keperluan masyarakat. Namun begitu, tugas ini hanya dapat dilaksanaka sekiranya rancagan yang ditayang adalah bertetapan dengan citra tempatan dan tidak membelakangkan budaya luhur iaitu mengaplikasikan nilai-nilai murni di dala kehidupan seharian. Tetapi, pada zaman sekarang, kebanyakan rancangan adalah bertentangan dengan aspek sedemikian kerana banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai barat. Malangnya, anak muda kini pula mudah terpengaruh dengan perilaku yang ditayangkan di dalam televisyen. Hal ini telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku. Seharusnya kita mengekang masalah ini dengan menayangkan lebih banyak rancangan yang mempamerkan akhlak mulia dan nilai kesantunan sebagai masyarakat Timur.

6.3 ISU GEJALA SOSIAL

6.4 ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  • Jenayah siber
  • Penggodam maklumat
  • Bahan pornografi
  • Kewujudan budaya plagiarism
  • Penipuan 
  • Penyebaran virus melalui e-mel


6.5 ISU-ISU TAMBAHAN








SAMB. TAJUK 4 : PERATURAN BERBAHASA

4.5 Memulakan dan mengakhiri percakapan

 Secara umumnya, masyarakat Malaysia akan memulakan sesuatu perbulan dengan mengucapkan salam seperti Assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi, selamat petang dll. 
Cara paling efektif nak mulakan perbualan ialah dengan mengajukan soalan. 
"Hendak ke mana?'

Manakala untuk mengakhiri percakapan pula, ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita iaitu seperti :

  • Ayat berupa pertanyaan atau pernyataan yang menerangkan bahawa percakapan harus diakhiri.  
"Sudah pukul berapa sekarang? Tidka terasa sudah duanjam kita berbincang."


  • Mengucap terima kasih.
"Terima kasih kerana sudi datang."


  • Memohon maaf.
"Minta maaf jika kedatangan kami kali ini mengganggu saudara."


  • Mengakhiri percakapan dengan pernyataan harapan.
"Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi di tahun hadapan."

4.6 Pemilihan kata

Dalam peraturan percakapan aspek pemilihan kata berkait rapat dengan aspek kesantunan berbahasa. 
Cara sapaan lisan perlu mengikut tertib yang tertentu supaya dianggap sopan dan tidak biadab.
Sistem sapaan dan penggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

Selain itu, penggunaan bahasa halus juga diberi perhatian dalam pemilihan kata. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. Contohnya laras bahasa istana >> patik, tuanku, berangkat, bersemayam, beradu dll.

Aspek pemilihan kata ganti nama terdiri daripada : 

Secara umumnya :

  • 'Pak' untuk lelaki yang sebaya ayah sendiri
  • 'Mak' untuk perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri
  • 'Tok' bagi lelaki atau perempuan yang sebaya dengan datuk atau nenek kita
  • 'Abang' @ 'Kak' untuk lelaki atau perempuan yang tidak setua ayah/ibu tetapi tidak sebaya dengan kita
  • 'Adik' bagi golongan yang lebih muda dari diri sendiri.
Jenama kekeluargaan :
  • Pak Long
  • Mak Long
  • Abang Ngah
  • Kak Cik
  • Pak Mentua
  • Tok Mentua
  • Kakak Ipar
  • Adik Ipar
Gelaran pergaulan bebas : 
  • 'Cik' : perempuan yang belum berkahwin
  • 'Encik' : untuk lelaki sahaja
  • 'Tuan', 'Haji', 'Doktor' dan 'Profesor : untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
  • 'Puan' : untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi dari diri sendiri
  • 'Saudara' dan 'Saudari' : lelaki @ perempuan yang sebaya atau lebih muda yang hubungannya masih belum rapat dengan kita
  • 'Tetuan' : digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan      
Gelaran Warisan : 
  • Raja ~ Perak
  • Pangeran Anak, Pangeran Muda ~ Brunei
  • Tengku ~ Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu
  • Nik, Wan ~ Kelantan
  • Megat, Puteri ~ Perak
  • Abang ~ Sarawak
  • Datu ~ Sabah
  • Syed atau Syarifah ~ gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
  • Raden ~ Jawa
  • Daeng ~ Bugis 



Thursday, 3 September 2015

TAJUK 5 : STRATEGI KESANTUNAN

STRATEGI KESANTUNAN LISAN


Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978 : 1987) telah mengutarakan andaian bahawa setiap individu kompeten mempunyai air muka (face), dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.


Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam (public self image). Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi akan lebih berkesan.


EMPAT STRATEGI KESANTUNAN LISAN BROWN & LEVINSON :

Strategi Langsung
- Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas. Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti rakan / anggota keluarga.

Strategi Kesantunan Negatif / Formal 
-Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
-Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.

Strategi Kesantunan Positif / Keakraban
-Penutur menggunakan FTA dengan cara menjaga air muka positif pendengar.
-Biasa digunakan antara dua orang rakan, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.

Strategi Tidak Langsung
-Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
-Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.

TAJUK 5 : STRATEGI KESANTUNAN

STRATEGI KESANTUNAN VERBAL DAN NONVERBAL

Strategi Kesantunan Verbal :


  1. Strategi toleransi - Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan.
  2. Strategi bertimbang rasa - Memahami situasi seseorang dan berusaha membantu.
  3. Strategi memberi salam - Mengucapkan "selamat pagi" atau "Assalamualaikum" apabila bertemu orang lain.
  4. Strategi bersopan santun - Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan.
  5. Strategi ramah mesra - Mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah.
  6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri - Memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dengan penuh kesopanan dan lemah lembut.
  7. Strategi merendah diri.
  8. Strategi berterima kasih - Mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.

Strategi Kesantunan Nonverbal :


  1. Strategi toleransi - Memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam kenderaan awam.
  2. Strategi bertimbang rasa - Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu.
  3. Strategi memberi salam - Mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman sekiranya jarak terlalu jauh sebagai satu tanda bersalam.
  4. Strategi bersopan santun - Membengkokkan badan ketika melintas antara orang yang sedang berjalan ataupun melintas melalui hadapan orang tua, mencium tangan orang yang lebih tua semasa memberi salam.
  5. Strategi ramah mesra - Menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain. 
  6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri - Memberi pertolongan dari segi kewangan atau tenaga kepada orang yang berada dalam kesusahan.
  7. Strategi merendah diri - Tidak bertentangan mata terhadap orang yang lebih tua daripada kita supaya tidak dianggap sombong.
  8. Strategi berterima kasih - Mencium atau memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Thursday, 27 August 2015

TAJUK 4 : PERATURAN BAHASA

4.1 Jenis-jenis peraturan bahasa


  • Peraturan linguistik : berkaitan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa >> diwakili oleh aspek sebutan, intonaasi dan tatabahasa
  • Peraturan sosiolinguistik : penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial >> antara pembicara dengan pendengar, konteks komunikasi lisan  & hubungan antara penulis dengan pembaca, konteks komunikasi tulisan
  • Peraturan pragmatik : perkataan dan sesuatu frasa itu digunakan dalam maksud yang tertentu dalam sistuasi yang tertentu

4.2 Jarak sosial


ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu dengan individu, indidvidu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Pemilihan kata dan sebutan bahasa yang berbeza digunakan bagi jenis hubungan komunikasi yang berbeza.



4.3 Konteks Percakapan

Penganalisi wacana haruslah mempertimbangkan konteks tempat terdapatnya bahagian sebuah wacana yang terdiri daripada aspek : 
  • penutur dan pendengar
  • topik pembicaraan
  • latar peristiwa
  • penguhubung
  • laras bahasa
  • bentuk pesanan dan maklumat

4.4 Giliran bercakap

Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap. Selalunya, orang yang lebih tua akan diberi keutamaan untuk bercakap di dalam sesuatu perbualan. Bagi mengelakkan pola satu arah akibat perbulan hanya didominasi oleh satu orang sahaja, terdapat beberapa sistem pola penggiliran yang boleh digunakan iaitu :

Melalui cara pertanyaan :
  • "Menurut pandangan kamu bagaimana?"
  • "Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik."
Melalui cara pengalihan topik :
  • Mungkin ada kaitannya dengan...
  • Mungkin agak menyimpang, tetapi...
  • Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah...
Melalui cara pengembalian ke topik asal (sekiranya telah menyimpang) :
  • Maaf, pertanyaan harus langsung ke pokok permasalahan
  • Saya ingatkan kembali bahawa topik pembicaraan kita ialah...
Aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib :

Keluarga :
  1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman
  2. Ibu atau bapa
  3. Kakak atau abang yang lebih besar
  4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik
Sekolah
  1. Pengetua atau Guru Besar
  2. Penolong kanan sekolah
  3. Ketua unit atau jabatan
  4. Para pensyarah atau guru
  5. Wakil pelajar
  6. Para pelajar



Saturday, 22 August 2015

TAJUK 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN PENULISAN


Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi intrapersonal. Penyampai perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai mesej. 


Komunikasi bertulis - kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.


Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :

  • Surat rasmi
  • Laporan
  • Kertas Kerja
  • Ucapan Rasmi
  • Pidato
  • Minit Mesyuarat


Bentuk komunikasi bertulis secara tidak formal ialah :

  • Penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, saudara mara dan lain lain.


Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam komunikasi bertulis ialah :

  • Penggunaan kata panggilan yang betul
  • Kata sapaan yang betul
  • Gaya bahasa yang betul
  • Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  • Isi yang tidak sensitif

Friday, 14 August 2015

TAJUK 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN LISAN


Komunikasi lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.


Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan : 

  • Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
  • Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila


Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :

  • Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
  • Suara dan intonasi yang sopan
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
  • Penggunaan sistem panggilan yang betul
  • Gaya bahasa yang sesuai
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif


Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :

  • Gaya percakapan yang sopan
  • Pandangan mata yang sesuai
  • Gerak laku yang bertatasusila
  • Mimik muka yang positif
  • Hayunan tangan yang sesuai
  • Imej diri

Wednesday, 5 August 2015

TAJUK 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL DAN KESANTUNAN NONVERBAL.


KESANTUNAN VERBAL

Verbal  merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.

Kamus Dewan (1984), mendefinisikan lisan sebagai sesuatu yang diucapkan dengan tidak bertulis. Oleh itu, kesantunan verbal ialah kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan.


Aspek-Aspek Kesantunan Verbal :
  • Cara sapaan lisan menggunakan bahasa Melayu dengan sopan santun.
  • Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa.
  • Sistem sapaan dan panggilan melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila iaitu pemilihan kata dan ungkapan bergantung pada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.


KESANTUNAN NONVERBAL

Nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh.


Fungsi Komunikasi Nonverbal :
  • Pengulangan (repeating) – Mengulang kembali gagasan yang telah disampaikan secara verbal.
  • Penggantian (substituting) – Menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
  • Kontradiksi (contrast / regulating) – Menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan nonverbal.
  • Pelengkap (complement) – Melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
  • Penegasan (accenting / moderating) – Menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.


Aspek-Aspek Kesantunan Nonverbal :
  • Gerakan Anggota Badan
  • Gerakan Mata
  • Gerakan Tangan
  • Mimik Muka

Sunday, 2 August 2015

TAJUK 2 : KESANTUNAN BERBAHASA

2.3 Penjagaan muka sebagai asas kesantunan

Kesantunan mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan muka seseorang yang melibatkan maruah diri.


Konsep malu adalah berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga dan masyarakatnya. Maruah dan individu seseorang perlu dijaga dan berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka).Selain itu, anggota lain yang hampir dengan muka yang perlu kita jaga ialah mulut. Hal ini demikian kerana mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Seringkali kita mendengar peribahasa “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Seterusnya orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk percakapan. Lidah perlulah digunakan secara positif. Raja Ali Haji dalam gurindamnya menyebut “Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah”.


2.4 Kesantunan Merentas Budaya


Menurut Kamus Dewan Bahasa (2002), budaya dapat didefinisikan sebagai tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dan lain-lain).

   

Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan
Guru perlu mengamalkan nilai kesantunan yang baik dari segi :
  •       i.        kesantunan berpakaian : pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
  •     ii.        kesantunan tingkah laku : bersopan santun ketika berurusan dengan ibu bapa yang  datang ke sekolah, berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar  atau pegawai dari jabatan
  •    iii.        kesantunan berkomunikasi :guru perlu mengamalkan kesantunan bahasa yang      santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku    yang bermasalah.

Saturday, 25 July 2015

TAJUK 2 : KESANTUNAN BERBAHASA


2.1 Konsep kesantunan

Halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. (Kamus Dewan (1984), hal. 1115)
Awang Sariyan (2007), memberi definisi kesantunan sebagai pengggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, meancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.


2.2 Takrifan kesantunan oleh tokoh-tokoh dunia

·         Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Terbahagi kepada :

·         Leech (1983), menyatakan bahawa kesantunan boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
·         Kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasiyang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. (J. Ferguson dan Das Gupta, 1968).
·         Kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan TIndakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987)




Wednesday, 15 July 2015

TAJUK 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

CIRI - CIRI ORANG YANG BERBUDI BAHASA

Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.



Budi Bahasa Masyarakat Melayu

Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
Memberi salam apabila bertemu
Berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
Berpakaian menutup aurat
Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
Makan menggunakan tangan
Tidak bercakap semasa makan
Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
Bersabar
Jujur
Tidak merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan     ibu bapa, guru dan orang tua
Anak dara duduk bersimpuh
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap

Mendahulukan orang tua dalam segala urusan

Budi Bahasa Masyarakat Cina

- Makan menggunakan penyepit. (chopsticks)
Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-     kanak
Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
Hormat-menghormati
Menundukkan badan semasa memberi salam
Tidak membuat bising semasa bersembahyang
Melayan tetamu dengan baik
Pemurah
Menolong orang susah

Budi Bahasa Masyarakat India

Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
Tidak bising ketika sembahyang
Bersabar dan tidak pemarah
Membuka kasut ketika memasuki kuil
Berpakaian tidak mencolok mata
Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
Sentiasa menolong orang susah
Tidak membalas dendam
Pemaaf
Pemurah
Hormat-menghormati

Friday, 10 July 2015

TAJUK 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

  •   Pengertian budi
Perkataan budi – berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Buddhi  yang bermakna bijak, pekerti baik dan mulia (Teuku Iskandar, 1970).

Menurut Kamus Dewan (2005), budi bermaksud akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.

Menurut Islam, budi ialah adab, sopan santun yang menunjukkan seseorang itu berakhlak dan beriman. Dalam Islam, akhlak mulia amat penting dan dipupuk dari kecil hinggalah dewasa. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.” (Riwayat Ar-Ridha).

Bagi Mustafa Haji Daud (1995) pula, menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal “ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai  budi bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti. Penjelasan ini merangkumi aspek pertuturan, tingkah laku, dan pemikiran yang berakhlak mulia dan terpuji.

Manakala bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai  maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Budi merupakan sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.



  •          Pengertian Bahasa
Menurut Kamus Dewan (2002), bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

Bagi Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat. Pertuturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan perasaan.

Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem. Setiap ayat diwakili oleh beberapa fonem yang digabungkan secara berurutan.

Menurut Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Simbol-simbol bunyi ini mempunyai makna tersendiri yang difahami oleh kelompok masyarakat tersebut.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985), mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya. Takrif ini selaras dengan pengertian yang diberikan oleh Edward Sapir yang menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrary untuk menyampaikan fikiran dan perasaan. Sama juga dengan Raja Mukhtaruddin yang berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh masyarakat.

Manakala Lutfi Abas (1985), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.


  • Pengertian Budi Bahasa
Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Secara literalnya budi bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu dan bahasa bermaksud sistem lambing bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan. Pengertian budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.

Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik. Dalam hal ini Nabi Muhammad S.A.W. menyarankan dalam sabdanya yang bermaksud: “Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar.” (Riwayat Ath-Thawawi). Seseorang yang berbudi bahasa, akan memiliki sikap yang bersopan santun secara tidak langsung mempamerkan akhlak yang mulia. Maka tidak hairanlah dalam Islam, Allah SWT menganjurkan hamba-hambanya supaya berakhlak mulia. Agama Islam sendiri sangat menitikberatkan sikap berbudi bahasa melalui akhlak rasulnya. Allah SWT sendiri memuji akhlak nabi yang muia melalui Firman Allah dalam surah Al-Qalam Ayat 4 yang bermaksud “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia”. Islam sangat menganjurkan umatnya berbudi bahasa melalui hadis riwayat Bukhari, Rasullulah S.A.W. bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berbicara dengan baik atau diam saja”.


Nilai berbudi bahasa juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Buddha. Misalnya dalam agama Buddha ada dinyatakan: ‘Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world’. Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Lima hubungan tersebut akan terjalin sekiranya wujud nilai berbudi bahasa antara satu sama lain.


Begitu juga dalam agama Hindu, nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat-sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat. Nilai ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berteraskan aspek ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan aspek purusharta yang merangkumi empat objektif mulia yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam kehidupan seharian.